Terkini

Industri vape Malaysia bernilai RM2.2 bilion

KUALA LUMPUR – Sempena dengan pelancaran laporannya bertajuk Kajian Industri Vape Malaysia, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) hari ini menyatakan bahawa industri vape Malaysia bernilai RM2.27 bilion.

DPVM berpendapat bahawa industri vape di Malaysia adalah besar untuk dibiarkan tanpa dikawal selia dan telah menyeru Kerajaan untuk serta-merta memperkenalkan peraturan yang sewajarnyauntuk mencipta kesan pengganda positif ke atasekonomi Malaysia.

DPVM telah melantik Green Zebras, sebuah agensi penyelidikan pasaran, untuk mengendalikan kajian pertama ke atas industry vapedi negara ini. Penemuan tersebut menunjukkanterdapat lebih daripada 3,300 perniagaanyang terlibat secara langsung dalam industri vape, dengan tenaga kerja seramai lebih daripada15,000 kakitangan. Dianggarkan bahawa pekerja dalam industri vape dibayar gaji mencecahRM450 juta secara keseluruhannya pada 2019 sahaja.

Syed Azaudin Syed Ahmad, PresidenDPVM berkata, “Data kami jelas menunjukkan bahawa sektor ini suatu industri yang berdaya maju dan semakinberkembang di Malaysia dan boleh memberikan sumbangan besar kepada ekonomi tempatan. Industri ini telahmenggalakkan perkembangan usahawan tempatan di mana ramai terdiri daripada peniaga tempatan dan Bumiputera.

Di samping itu, industri vape Malaysia buat masa ini mempunyai ekosistem mapan yang terdiri daripada pengeluar, pengimport dan peruncit, dan rangkaian pengedar dan logistik tempatan,” tambah beliau.

Antara penemuan utama yanglain daripada kajiantersebut termasuk:

  • Tenaga kerja industri ini sebahagian besarnya daripada golongan dewasa muda yang berusia di bawah 30 tahun, dan kebanyakannyaberbangsa Melayu;
  • Terdapat 1.12 juta penggunavape di Malaysia berasaskan data dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Profil etnik pengguna vape mencerminkan taburan kaum negaraini– Melayu (70%), Cina (25%), India dan lain-lain  (5%);
  • 94% daripada pengguna vape pernah merokokdan sebab utama merekamemilih vape adalah sebagai kaedah berhenti merokok (57%) dan kerana vapekurang mudaratberbanding merokok(56%);
  • Public Health England, sebuah agensi kesihatan kerajaan di UK telah menerbitkan bukti daripada pakar-pakar yang mendapati vape adalah95% kurang mudaratberbandingmerokok. Penemuan tersebut disokong oleh banyak pakar kesihatan awam dan  mereka yang menyokong usaha menghentikantabiatmerokok termasuk Kementerian Kesihatan Kanada dan New Zealand.

Di Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan cukai eksais ke atas peranti vape dan e-cecair yang telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2021.Bagaimanapun,DPVM percaya bahawa sistempercukaianini perlu diperluas untuk merangkumi e-cecair mengandungi nikotin yang meliputi97% daripada pasaran Malaysia untuk memberikan sumbangan yang berkesankepada hasil Kerajaan.

“Industri vape Malaysia mempunyai potensi besar yang boleh dimanfaatkan dengan peratuan praktikal dan komprehensif yang perlumerangkumie-cecair bernikotin. Langkah ini akan merangsang pertumbuhan PKS yang seterusnya membuka peluang pekerjaan dan menjana hasil cukai bagi Kerajaan,” tambah Syed Azaudin.

Menurut Syed Azaudin,walaupun sektor lain menghadapi cabaran untuk menarik pelaburan, Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh untuk menarik pelaburan langsung asing(FDI) ke dalam sektor ini. “DPVM percaya sektor vape sudah bersedia dan mampu menarik FDI berkualitiberlandaskanekosistem mapan yang boleh menarik pelaburan global dan syarikat multinasional.

Saiz pasaran e-rokok dan vape global dijangka mencecah USD67.31 bilion (RM272.54 bilion) menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan terkompaun tahunanbagi hasil sebanyak 23.8% dari 2020 hingga 2027, menurut satu kajian terbaharu yang dikendalikan oleh Grand View Research, Inc.2

“DPVM telah melaksanakan kajian ini untuk memberikan asas kukuh berasaskan data kepada Kerajaan untuk serta-merta memperkenalkan peraturan ke atas industri vape,” rumus Syed Azaudin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: