Terkini

Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan – Sumber

Kuala Lumpur – Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut.

Memetik laporan dari Astro AWANI, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM55 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.

Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.

Tambah petikan berita dari Astro AWANI memaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.

Laporan lanjut menyusul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: