Terkini

Selangor sedia pinjaman asas, bantu peniaga beli gajet

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri melancarkan skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) dan Go Digital khusus membantu usahawan berdepan tempoh sukar akibat Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata skim NaDi bertujuan membantu mereka yang berhasrat atau baru memulakan perniagaan dengan tawaran pembiayaan antara RM 1,000 hingga RM 5,000.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari skim Go Digital pula akan membantu usahawan sedia ada melonjak perniagaan mereka ke arah digitalisasi.

“Go Digital memberi peluang kepada peniaga menyesuaikan diri dengan platform digital menerusi empat cara iaitu bantuan sistem, peralatan, pemasaran dan latihan yang dipantau syarikat peneraju dilantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan skim NaDi dan Go Digital menerusi Facebook hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya sentiasa berusaha membantu rakyat mendepani cabaran pendemik termasuk merangka program khusus untuk membantu usahawan.

“Pelaksanaan PKP 2.0 menuntut beberapa inisiatif dilaksanakan secepat mungkin atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, penjaja dan usahawan terjejas sekaligus bersama-sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Amirudin mengumumkan skim NaDi dengan jumlah peruntukan awalan sebanyak RM10 juta yang bakal membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Skim tersebut menyasarkan 3,000 penerima untuk terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Manakala skim Go Digital pula menyasarkan 3,000 usahawan sedia ada menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi seperti gajet dan tablet selaras matlamat melahirkan lebih ramai usahawan digital
Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: