Terkini

Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin

KUALA LUMPUR – Pharmaniaga Bhd yang mampu menyediakan dua juta sebulan vaksin CoronaVac keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.

Timbalan Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata syarikat itu telah melabur sejumlah RM3 juta untuk meningkatkan kapasiti sedia ada, dan bersedia untuk menambah pelaburan jika permintaan tinggi diterima bagi vaksin CoronaVac itu.

Katanya sehubungan itu beliau berharap Pharmaniaga akan mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya April ini bagi membolehkan ia mula mengedar vaksin CoronaVac di Malaysia.

Beliau berkata Pharmaniaga telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membekalkan 14 juta dos vaksin COVID-19 dengan proses pembotolan dibuat di kilang berteknologi tingginya di Puchong, Selangor.

Bercakap dalam program wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV  malam ini, Mohamed Iqbal berkata syarikat itu juga telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada KKM.

Jumaat lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilapokan berkata 600 pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara nanti, dan beliau menjangka 210 suntikan suntikan vaksin dapat diberikan di satu-satu lokasi sehari, sekiranya semua berjalan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: