Terkini

Wanita maut dipercayai ditumbuk suami gara-gara video Tik Tok

KUALA LUMPUR – Gara-Gara video Tik Tok, seorang wanita warga Indonesia maut selepas disyaki ditumbuk dan ditampar suaminya di sebuah flat di Petaling Jaya di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 10 malam itu, pasangan tersebut bergaduh selepas mangsa, yang merupakan isteri pertama suspek dan berusia 40 tahun, melihat suaminya bermain Tik Tok bersama isteri kedua lelaki itu.

“Ekoran itu, mangsa yang melihat rakaman video Tik Tok suaminya bersama isteri kedua terus memarahi suspek sebelum ditumbuk dan ditampar berkali-kali sehingga mangsa tidak bergerak serta ditinggalkan bersendirian (oleh suspek yang) menuju ke Klang.

“Polis kemudiannya menahan suspek pada 3.10 petang semalam di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur.

“Isteri kedua suspek turut ditahan di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang pada 6.20 petang semalam bagi membantu siasatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek, yang merupakan pekerja kontrak warga Pakistan berusia 29 tahun, dan isteri keduanya seorang warga Indonesia berusia 45 tahun telah direman enam hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya polis turut menemukan kesan lebam di tubuh mangsa namun punca kematian belum diketahui dan mayat wanita it telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: