Bisnes

E-dagang dapat teruskan kelangsungan perniagaan golongan OKU – Perais

KUCHING – Pelaksanaan platform e-dagang untuk golongan orang kurang upaya (OKU) memasarkan produk keluaran mereka dapat membantu golongan itu untuk terus menjana pendapatan lebih-lebih lagi ketika berdepan pandemik COVID-19 ketika ini.

Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (Perais) Rapelson Richard Hamit berkata pengumuman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun itu semalam berhubung platform e-dagang itu, perlu disusuli dengan beberapa langkah lain.

“Pihak kementerian perlu juga menganjurkan kursus dan latihan mengenai e-dagang untuk golongan OKU supaya mereka dapat meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan mengenai e-dagang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemantauan daripada pihak kementerian dan inisiatif daripada OKU itu sendiri adalah penting untuk menjayakan platform berkenaan dalam usaha  mewujudkan peniaga OKU yang berjaya.

“Geran ekonomi dan perniagaan atau peruntukan khas untuk peniaga OKU juga harus diperincikan untuk memastikan peniaga OKU dapat meneruskan peniagaan mereka (secara dalam talian) dan mengelakkan peniaga kecil dan sederhana OKU gulung tikar lebih-lebih ketika COVID-19 ini,” katanya.

Semalam, Rina berkata platform itu yang bakal dibangunkan kementeriannya bertujuan menyediakan platform alternatif untuk golongan OKU bagi menjana pendapatan mereka serta dapat memperkenalkan produk mereka secara individu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: