Terkini

SPPP diperluas kepada semua usahawan B40 – Nanta

PUTRAJAYA – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pendaftaran perniagaan juga diberi percuma iaitu pengecualian fi pendaftaran kepada golongan sasar B40, yang ingin memulakan perniagaan dan belum pernah mendaftarkan perniagaan mereka.

Beliau berkata SPPP yang dilancarkan 23 Dis lepas, kini merangkumi semua bakal usahawan golongan B40 dan tidak lagi terhad kepada usahawan dalam kalangan belia, ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

“Ini akan membolehkan mereka memperoleh akses kepada pelbagai dana dan pinjaman yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan, bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam suasana sukar dan mencabar berikutan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarat SPPP untuk usahawan golongan B40 ialah, mestilah pemegang MyKad/MyPr, berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan, mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bagi golongan B40, dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Nanta berkata sejak SPPP diperkenalkan, SSM telah meluluskan 1,066 permohonan daripada golongan pelajar, 830 permohonan daripada belia B40 dan 73 permohonan daripada ibu tunggal B40, menjadikan keseluruhan 1,969 usahawan telah mendapat manfaat daripadanya.

Beliau berkata, dengan perluasan golongan sasaran, SPPP itu dijangka membuka peluang kepada seramai 180,000 individu untuk menceburi bidang perniagaan dan SSM menyasarkan seramai 30,000 usahawan akan merebut tawaran itu, pada tahun ini.

Menurutnya, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi RM30, bagi perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan, manakala perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred, menerima pengecualian fi RM60 dan pengecualian cetakan maklumat RM10.

“Kita sentiasa menekankan peri pentingnya kemudahan dalam menjalankan perniagaan dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan, yang mana SPPP adalah salah satu manifestasi kepada kedua-dua falsafah tersebut,” katanya serta menambah langkah itu dilaksanakan khusus untuk membantu meringankan beban usahawan B40.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: