Sukan

Liga-M: Selangor manfaat sebaiknya tempoh latihan singkat

SHAH ALAM – Tempoh persediaan singkat dimanfaatkan sebaiknya Selangor FC untuk meneliti strategi berkesan yang mampu menghasilkan impak positif menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 5 Mac ini.

Ketua jurulatih, Karsten Neitzel berkata setiap sesi latihan dirancang dengan cermat selain memastikan tiada pemain mengalami kecederaan sebelum sepak mula berbaki kurang tiga minggu.

“Selebihnya, saya dan kesemua jurulatih akan melakukan yang terdaya untuk mengembalikan kecergasan pemain Red Giants secepat mungkin kerana kami mahukan kejayaan kerana ini adalah matlamat pasukan,” katanya dalam kenyataan dikongsikan di laman sesawang Selangor FC.

Pengendali berusia 53 tahun itu juga mengakui sukar menyembunyikan perasaan bercampur baur berhubung tempoh latihan pasukan yang singkat namun kekal positif.

“Sudah tentu, semua peminat bola sepak gembira bahawa sukan ini akan kembali tidak lama lagi dan berita dinantikan semua pegawai serta pemain Selangor FC,” katanya.

Untuk rekod, Gergasi Merah merancang tiga perlawanan persahabatan sebelum perlawanan pertama liga bagi mengukur kesefahaman dan kesesuaian dengan corak permainan selain memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik sama ada dari segi fizikal mahupun mental.

Kerajaan membenarkan sukan profesional seperti bola sepak dan sepak takraw dijalankan dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: