Terkini

Hospital swasta sedia kerjasama jayakan program vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Hospital swasta sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program imunisasi Covid-19 kepada orang ramai dalam usaha mempercepatkan proses berkenaan.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata pihaknya sedang menunggu untuk berbincang mengenai mekanisme pemberian vaksin memandangkan ramai yang bersedia mendapatkan suntikan di hospital swasta.

“Ini adalah perkhidmatan yang kami boleh sediakan kepada awam, bagaimanapun kami masih menunggu arahan selanjutnya. Kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan semua barisan hadapan mendapatkan vaksinasi daripada sektor perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Kuljit berkata petugas kesihatan di hospital swasta akan menerima suntikan vaksin serentak dengan petugas kesihatan di hospital kerajaan dan menyatakan penghargaan kepada kerajaan atas usaha berkenaan.

APHM juga menggesa warganegara yang sesuai untuk menerima vaksin supaya mendapatkan suntikan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, vaksin itu selamat dan kemungkinan komplikasi jangka panjang Covid-19 terhadap aspek kesihatan jauh lebih teruk berbanding kesan sampingan daripada vaksin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: