Terkini

Doktor Roland beri keterangan isu video vaksin Covid-19

SEPANG – Pengasas The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor hari ini telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung video mengenai vaksin Covid-19 yang tular di media sosial.

Beliau yang ditemui selepas selesai memberi keterangan hampir 2 jam lebih di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini menyatakan ianya berkenaan satu laporan polis dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kandungan video berdurasi 56 minit yang dimuat naik menerusi laman Facebook The KL Sky Clinic pada 7 Februari lalu.

Beliau berkata, video berkenaan berkaitan fungsi dan keberkesanan vaksin serta bagaimana vaksin berfungsi termasuk risiko yang mungkin dihadapi jika mengambilnya.

Menurutnya lagi, video berkenaan sama sekali bukan untuk menakutkan masyarakat namun pihak kesihatan perlu telus dalam menyampaikan maklumat tentang risiko dan keberkesanan vaksin Covid-19 itu agar memudahkan setiap orang untuk membuat pilihan.

Katanya, beliau juga bersedia untuk dipanggil semula sekiranya diperlukan dan turut menjelaskan setiap isi kandungan video berkenaan adalah dari ilmu perubatan dan dapatan sebenar dari dalam serta luar negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima pihaknya berhubung kandungan video itu dan kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: