Bisnes

Shopee perkukuh infrastruktur logistik untuk menyokong peningkatan permintaan e-dagang

Kuala Lumpur – Shopee memantapkan usahanya untuk mempercepatkan penghantaran bagi para penjual dan pembeli di Malaysia demi memenuhi kebergantungan yang semakin meningkat pada e-dagang dan keperluan untuk penghantaran yang lebih pantas.

Inisiatif-inisiatif ini termasuk pengenalan 10 lokasi drop-off baharu bagi Shopee Xpress, dan kerjasama bersama Parcelhub dan MBE, meningkatkan jumlah keseluruhan lokasi drop-off kepada lebih daripada 300 di seluruh negara.

Penambahan lokasi drop-off terutamanya di kawasan yang mudah diakses dan mempunyai bilangan penjual yang tinggi dijangka dapat memendekkan masa perjalanan bagi para penjual, lalu mengurangkan tempoh antara waktu pembelian dan penerimaan barangan bagi pembeli.

Selain itu, Shopee telah memperluaskan rangkaian gudang, hab dan pusat pengasingan atau sorting
centres di lebih daripada 50 lokasi strategik di seluruh negara termasuk kawasan seperti Senawang,
Bagan Serai, Batu Pahat, Simpang Ampat dan Bayan Lepas demi menambah baik kecekapan penghantaran termasuk ke bandar-bandar kecil.


Usaha Shopee adalah lanjutan daripada laporan daripada Parcel Monitor dan iPrice Group yang
mendapati bahawa kawalan pergerakan ekoran Covid-19 memberi kesan kepada aspek penghantaran logistik kepada pengguna atau final mile logistics, iaitu menambah masa penghantaran sebanyak 119 peratus bagi negara ini 1 . Malah pada tahun 2019, Parcel Perform dan iPrice Group telah melaporkan bahawa penduduk negara Malaysia menghadapi masa menunggu paling lama untuk penghantaran pesanan atas talian mereka di rantau Asia Tenggara 2 .

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami bertungkus-lumus bekerja bersama rakan-rakan logistik dan meluaskan rangkaian logistik kami dengan menggunakan data besar dan unjuran yang lebih baik demi memperbaiki masa penghantaran di Malaysia sejak penubuhan kami pada tahun 2015. Penghantaran yang sebelum ini mengambil masa hingga 10 hari, malah lebih lama di Malaysia Timur, hari ini telah dicepatkan menjadi satu hingga empat hari. Kini, kami mengukuhkan lagi infrastruktur ini melalui Shopee Xpress dan kerjasama strategik bersama pemain logistik supaya para pembeli dan perniagaan-perniagaan di luar sana dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang lebih baik.”

Menerusi rangkaian logistiknya yang telah diperluas, Shopee akan memperkenalkan penghantaran hari berikutnya di Semenanjung Malaysia (kecuali di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
melalui Shopee Xpress, bersempena kempen 3.3 Jualan Pasar Raya mereka. Pengguna yang melakukan pembelian sebelum jam 12 tengah hari untuk barangan yang bertanda “Penghantaran
Hari Berikutnya” atau “Next-Day Delivery” di Shopee Mart akan menikmati perkhidmatan
penghantaran pada hari berikutnya (tidak termasuk Cuti Umum).

Shopee Mart ialah sebuah portal dalam aplikasi yang menawarkan lebih daripada 11,000 produk termasuk barangan runcit dan keperluan rumah daripada jenama yang dipercayai seperti Nestlé, Munchy’s, Top, Sunlight dan Drypers.

Sekiranya pesanan yang layak tidak dihantar pada hari berikutnya, pengguna tersebut akan menerima baucar Penghantaran Percuma untuk digunakan semasa pembelian Shopee Mart mereka yang seterusnya. Tertakluk pada terma dan syarat.

“Perkhidmatan penghantaran hari berikutnya merupakan satu lagi inisiatif di mana Shopee menggunakan teknologi untuk berkhidmat kepada pengguna dan penjual kami secara lebih baik.
Ekosistem e-dagang kami yang kukuh dimantapkan menerusi perkhidmatan logistik kami, beserta sistem pembayaran bersepadu seperti dompet mudah alih kami iaitu ShopeePay dan ciri dalam
aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Chat yang meningkatkan pengalaman membeli-belah.

Kami akan terus memacu pendigitalisasi di Malaysia dan menambah baik kehidupan rakyat
Malaysia melalui e-dagang,” rumus Ho.

Pelanggan yang mengunjungi Shopee semasa 3.3 Jualan Pasar Raya dapat menikmati penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM10, tawaran potongan harga 50% setiap hari serta tawaran daripada serendah 33 sen.

Saluran penstriman langsung platform e-dagang tersebut, Shopee Live, turut bekerjasama dengan TV3 untuk membawakan pengalaman membeli-belah TV yang terbaik menerusi 3.3 Supermarket Show. Rancangan ini yang akan menghiburkan rakyat Malaysia dan menampilkan tawaran menarik akan ditayangkan pada 3 Mac, pada pukul 9 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 3.3 Jualan Pasar Raya, layari https://shopee.com.my/m/3-
3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: