Terkini

Denda RM1,000 premis niaga gagal sedia tong sampah

KLANG – Peniaga yang gagal menyediakan tong sampah di premis masing-masing boleh dikompaun sehingga RM1,000, tegas Majlis Perbandaran Klang.

Pengarah perkhidmatan persekitarannya berkata tindakan berikutan segelintir peniaga yang tidak mengikut arahan hingga menyebabkan premis kotor.

Menurut Zaireezal Ahmad Zainuddin, arahan itu juga sebahagian syarat dikenakan ketika peniaga memohon atau memperbaharui lesen.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, justeru kita akan pantau dari semasa ke semasa selain melaksana penguatkuasaan,” katanya menambah kesalahan disabit mengikut Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, wakil rakyat Sentosa Dr Gunaraj George memaklumkan notis pemberitahuan untuk menyediakan tong sampah dihantar kepada peniaga pada 18 Februari lalu.

Jelasnya, peniaga perlu menyediakan tong bertutup dengan isi padu 240 liter dalam tempoh tujuh hari selepas notis tersebut dihantar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: