Hiburan

Janna Nick bakal saman ‘pemfitnah’ isu K-pop

Kuala Lumpur – Pelakon dan pengacara, Janna Nick, berkata individu yang didapati membuat pelbagai tuduhan termasuk ugutan jenayah terhadapnya dalam kemelut membabitkan artis K-Pop boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah telefilem Delen itu berkata, selepas membuat laporan polis, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sudah memulakan siasatan dan mengenal pasti siapa pihak di sebalik nama dan akaun samaran yang digunakan di media sosial.

Kata Janna pihaknya sedang dalam proses merekod apa saja “fitnah” yang ada kaitan dengan isu itu di semua media sosial selain timbulnya tanda pagar negatif terhadapnya.

“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai Lisa Blackpig, ia adalah terpesong sama sekali.

“Laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini. Saya dimaklumkan, dengan kemajuan teknologi yang digunakan dan maklumat daripada sistem data internet yang dikesan daripada alat peranti digunakan sama ada telefon pintar, komputer atau sebagainya, individu-individu pesalah laku ini berjaya dikesan untuk tindakan lanjut.

“Saya dimaklumkan pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada pasukan polis, pegawai penyiasat dan pasukan peguam saya sedang dalam proses menyimpan segala rekod untuk tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pemilik nama penuh Nur Jannah Muner itu dikecam selepas didakwa mengaitkan nama anggota K-pop terkenal, Blackpink Lisa atau Lalisa Manoban sebagai Blackpig.

Janna sebelum ini memuat naik nama-nama watak dalam Delen. Antaranya dia mengetengahkan karakter memiliki sifat gedik dilakonkan Annie Mosha.

Dia didakwa mengiringi hantaran itu dengan berkongsi imej dari akaun Instagram Jannanickstudios yang memaparkan perkataan: Lisa Blackpig. 

Katanya, adalah amat pelik dan tidak boleh diterima akal untuk dia menggelar atau menyamakan nama besar dalam industri hiburan seperti Lisa Manoban Blackpink dengan nama mengaibkan.

“Sebagai individu yang turut meminati budaya Korea, bukan setakat industri hiburan mereka bahkan fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan tempat-tempat di Korea, tohmahan sebegitu terhadap saya adalah sangat tidak berasas.

“Saya sendiri pernah berkolaborasi dengan pihak pengurusan serta artis Korea dalam kerjaya saya dan saya amat menghormati mereka,” katanya.

Menuru Janna, salah laku tersebut mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baiknya serta Janna Nick Studios bukan saja di negara ini bahkan di luar negara.

Kata Janna, 25, dia juga dimaklumkan terdapat kanak-kanak dan remaja dalam kalangan individu pesalah laku itu menggunakan alat peranti dan sistem data Internet direkodkan di bawah nama ibu, bapa atau penjaga mereka.

“Sama ada pesalah laku ini sedar atau tanpa sedar, tindakan tidak bertanggungjawab yang mereka lakukan ini sama seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud malah diperbesar-besarkan dan ini mencalarkan imej negara dan kita sendiri secara amnya selaku rakyat Malaysia dalam kalangan pengguna media sosial dan dunia maya global,” katanya.

Janna juga mengulas video didakwa mempersenda kematian ahli kumpulan SHINee iaitu Kim Jong-hyun bersama seorang lagi pelakon, Sharifah Sakinah pada 2018 yang tiba-tiba muncul kembali di media sosial ketika ini.

Katanya, penggunaan terma “si mati” adalah perkara biasa bagi merujuk kepada seseorang yang sudah meninggal dunia.

“Ia digunakan secara meluas dalam prosiding di mahkamah sebagai kata ganti diri yang sopan apabila merujuk kepada individu yang sudah meninggal dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sila rujuk kepada perintah-perintah mahkamah yang dikeluarkan, khususnya melibatkan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: