Terkini

Kabel terbakar, PLUS jamin Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan

GEORGE TOWN – PLUS Malaysia Berhad memberi jaminan struktur keseluruhan Jambatan Pulau Pinang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan susulan kebakaran kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu semalam.

Menurut kenyataan PLUS hari ini, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 malam semalam dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Susulan kejadian, lorong kanan di kedua-dua hala melibatkan lokasi kebakaran akan ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan secara bersama dijalankan oleh TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.

“Sepanjang tempoh berkenaan, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang susulan penutupan lorong tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: