Terkini

Selangor terima 78,000 dos vaksin, utamakan petugas hadapan

SHAH ALAM – Selangor menerima 78,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech dari kerajaan persekutuan yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata agihan vaksin secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.

“Kita akan buat kajian terperinci kumpulan pertama yang akan terima suntikan memandangkan petugas hadapan Selangor sahaja lebih 40,000 orang,” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, pembahagian dibuat secara adil dan meminta penduduk memberi kerjasama serta bersabar menunggu giliran mengikut jadual.

Sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Februari dari kilang di Belgium.

Fasa pertama suntikan meliputi petugas hadapan diikuti kumpulan berisiko tinggi, warga emas, kumpulan rentan, orang kelainan upaya (OKU) dan dewasa 18 tahun ke atas.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi individu pertama disuntik diikuti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: