Terkini

Mesyuarat raja-raja ditangguh ke 30 Jun kerana PKP

Kuala Lumpur – Persidangan Majlis Raja-raja Melayu yang dijadualkan dua dua hari mulai esok ditanguhkan ke 30 Jun dan 1 Julai depan.

Mesyuarat dua hari itu ditunda susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) .

Berdasarkan maklumat pada laman sesawang Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, ia sepatutnya bermula esok dengan mesyuarat pramajlis hari ini.

Berdasarkan laman web itu juga, Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga kali dalam setahun.

Raja-raja Melayu kini memainkan peranan yang yang lebih ketara dan negara pula berada dalam keadaan politik yang tidak menentu.

Kebiasaannya, agenda perbincangan mesyuarat tersebut tidak diumumkan.

Sementara itu, bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, melalui hantaran di media sosial hari ini berkata dia yakin raja-raja akan mengambil kira keluh-kesah rakyat ketika ini.

“Tapi apa yang raja-raja akan bincang dan putuskan hanya mereka yang tahu.

“Yang kita tahu, banyak orang dan pihak sudah bagi pendapat berkenaan darurat dan penggantungan parlimen ini sampai ada yang diancam dengan tindakan undang-undang.

“Saya yakin raja-raja Melayu peka dengan keluh-kesah dan pertelingkahan di kalangan rakyat jelata mengenai hal ini,” katanya yang sehaluan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: