Terkini

Kerajaan usaha bekal vaksin kepada 55 ribu guru sebelum sekolah dibuka

Putrajaya – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan berusaha memastikan sekurang-kurangnya 55,539 guru menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama.

Ketika ini, fasa pertama vaksinasi itu melibatkan petugas barisan hadapan perubatan, anggota penguat kuasa, pegawai kebajikan dan wakil rakyat.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan dalam usaha menyenaraikan golongan pendidik dalam kumpulan berisiko tinggi di bawah fasa pertama.

“Kementerian Pendidikan telah menyediakan senarai nama 55,539 guru yang berada dalam kategori berisiko tinggi.

“Kami akan usaha untuk masukkan bilangan guru ini, 55,539 dalam fasa pertama. Insya-Allah sebelum tarikh pembukaan sekolah,” katanya.

Sekolah dijadual dibuka semula pada Mac.

Data Kementerian Pendidikan menunjukkan, setakat Julai tahun lalu, terdapat sejumlah 416,743 guru yang mengajar 4,987,401 pelajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: