Politik

Perhimpunan Agung UMNO 27 dan 28 Mac ini

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2020 akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini yang dijalankan secara bersemuka dan maya selepas diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

MKT juga memutuskan pelaksanaan perhimpunan itu adalah kombinasi pertemuan bersemuka dan secara maya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Segala SOP berdasarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengikut perancangan asal, Perhimpunan Agung UMNO 2020 sepatutnya diadakan pada 31 Januari lalu tetapi ditangguhkan kerana pengisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP.

Ahmad turut mengumumkan pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun ke-75 UMNO termasuk sayembara penulisan puisi, video pendek dan mencipta logo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: