Luar Negara

Facebook tarik balik sekatan terhadap laporan berita Australia

SYDNEY – Facebook menarik balik sekatan dikenakan terhadap laporan berita Australia selepas kerajaan bersetuju meminda undang-undang pertama di dunia yang mewajibkan syarikat gergasi teknologi membayar agensi media.

Bendahari Josh Frydenberg dan Facebook memaklumkan, mereka berjaya mencapai persetujuan membabitkan perkara penting berhubung undang-undang yang dibantah syarikat teknologi berkenaan.

“Seiring dengan perubahan ini, kami kini boleh bekerja untuk mengembangkan lagi pelaburan dalam kewartawanan yang menjadi kepentingan awam dan mengembalikan laporan berita di Facebook untuk rakyat Australia,” menurut Pengarah Urusan Facebook Australia, Will Easton.

Tindakan syarikat media sosial terbabit menyekat laporan berita di platformnya sejak minggu lalu, menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bukan sahaja laporan berita, sekatan turut dikenakan terhadap halaman Facebook yang memaparkan mengenai badan amal kanser serta perkhidmatan kecemasan.

Perdana Menteri, Scott Morrison turut menuduh tindakan Facebook itu sebagai keputusan untuk memutuskan persahabatan dengan Australia.

Bagaimanapun perbincangan di saat akhir mendorong Parlimen untuk melihat kembali undang-undang berkenaan dan secara tidak langsung Facebook serta Google tidak akan dikenakan denda selagi mereka berjaya mencapai perjanjian dengan syarikat media tempatan berhubung soal pembayaran.

Malah, syarikat gergasi teknologi itu diberi tambahan tempoh dua bulan untuk menguruskan perjanjian berkenaan.

“Kami berbesar hati kerana berjaya mencapai kata putus dan perjanjian dengan kerajaan Australia. Kami amat menghargai perbincangan konstruktif yang dicapai,” kata Easton. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: