Terkini

PM dijadual terima suntikan vaksin petang esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu Comirnaty jam 2.30 petang pada Rabu.

Turut menerima pelalian itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia merupakan simbolik pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diawalkan daripada Jumaat.

Selain itu, empat petugas perubatan dijangka turut menerima vaksin tersebut.

Suntikan vaksin Covid-19 diadakan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11 dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.

Muhyiddin menawarkan diri sebagai penerima pertama vaksin bagi membuktikan bahawa ia selamat sekali gus untuk menggalakkan lebih ramai rakyat tampil secara sukarela menerima vaksin Covid-19.

Imuniti berkelompok boleh diwujudkan sekiranya 75 peratus daripada penduduk Malaysia menerima vaksin Covid-19.

Malaysia mula menerima vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech pada Ahad dengan jumlah 312,390 dos.

Syarikat farmaseutikal itu dilapor akan membuat penghantaran setiap minggu bagi memenuhi keperluan serantau.

Setakat ini seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin Covid-19 pada fasa pertama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: