Gaya Hidup

Shopee sedia penghantaran hari berikut sempena jualan 3.3 sehingga 3 Mac 2021

Kuala Lumpur – Bersempena dengan jualan 3.3, Shopee perkenalkan perkhidmatan penghantaran hari berikut (next-day delivery) untuk barangan yang anda beli di Shopee Mart. Tawaran ini sudah bermula dan akan berakhir pada 3 Mac 2021.

Operasi penghantaran hari berikut

Perkhidmatan ini beroperasi dikebanyakan negeri di semenanjung Malaysia antaranya ialah:

  1. Lembah Klang
  2. Negeri Sembilan
  3. Melaka
  4. Johor
  5. Perak
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang

Namun, untuk lokasi di atas, hanya pembelian barang yang tidak segar (non-fresh product) sahaja akan dihantar pada hari seterusnya. Untuk barangan segar (fresh produce) hanya lokasi di dalam Puchong sahaja yang boleh terima barangan pada hari seterusnya.

Untuk mendapatkan item tidak segar pada hari berikut, anda harus lakukan pembayaran sebelum jam 12 tengah hari. Jika pembayaran dilakukan selepas 12 tengah hari, anda harus tunggu dua hari untuk menerima item yang anda beli itu.

Contohnya, anda melakukan pembayaran pada hari rabu sebelum 12 tengah hari, maka anda akan terima pesanan itu pada hari khamis dalam minggu yang sama. Sekiranya pembayaran dilakukan pada hari rabu selepas 12 tengah hari, penghantaran akan dilakukan pada hari jumaat minggu yang sama.

Manakala untuk penghantaran barangan segar pula, anda perlu membayarnya sebelum 6 petang untuk menerimanya pada hari esok. Sekiranya pembayaran dilakukan selepas 6 petang, pembelian anda akan dianggap sebagai pesanan hari berikutnya.

Semua penghantaran di bawah operasi ini akan dihantar melalui Shopee Xpress. Namun, perkhidmatan ini tidak beroperasi pada cuti umum.

Sekiranya pesanan yang layak tidak dihantar pada hari berikutnya, pengguna akan menerima baucar penghantaran percuma untuk digunakan semasa pembelian di Shopee Mart ketika pembelian yang seterusnya.

Cara beli barangan tidak segar untuk penghantaran hari esok

  1. Pegi ke Shopee Mart, kemudian pilih produk tidak segar yang anda mahukan.
  2. Tambah produk ke dalam troli
  3. Pilih ‘Shopee Express Delivery’ sebagai cara penghantaran.
  4. Lakukan pembayaran

Cara beli barangan segar untuk penghantaran hari esok

  1. Pegi ke Shopee Mart, kemudian pilih produk segar yang anda mahu.
  2. Tambah produk ke dalam troli
  3. Pilih ‘Shopee Express Delivery’ sebagai cara penghantaran.
  4. Pilih waktu penghantaran yang anda mahu pada ruangan mesej
  5. Lakukan pembayaran

Menerusi jualan 3.3 ini juga, pengguna Shopee boleh menikmati ganjaran menerusi penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM10, tawaran potongan harga 50% setiap hari untuk produk terpilih serta tawaran produk jualan daripada serendah 33 sen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: