Terkini

Video kemalangan tular: Polis tahan pemandu Myvi

Kinrara – Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan seorang pemandu cedera parah di Bandar Kinrara, Puchong, petang semalam.

Video yang memaparkan kereta jenis Myvi dipandu laju yang merempuh sebuah van dan Proton Waja itu kemudian tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 2.40 petang.

“Pengadu seorang anggota polis kebetulan berada di tempat kejadian, yang dimaklumkan oleh seorang lelaki telah berlaku kemalangan dan pemandu salah sebuah kenderaan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh orang awam.

“Tangkapan semula dilakukan ke atas suspek itu dan dia dibawa ke Balai Polis Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Azman siasatan awal mendapati kereta jenis Myvi berkenaan dipandu secara melulu serta laju sehingga melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas.

Katanya mangsa yang cedera parah iaitu pemandu van dibawa ke Hospital Serdang dan kini masih berada di zon merah.

“Butiran mangsa masih belum diperolehi dari pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: