Luar Negara

FDA rancang benarkan vaksin Pfizer-BioNTech disimpan dalam suhu lebih tinggi

PENTADBIRAN Makanan dan Ubatan Amerika (FDA) merancang untuk meluluskan permohonan Pfizer Inc dan BioNTech SE untuk menyimpan vaksin COVID-19 mereka pada suhu sejuk beku standard, bukan dalam suhu terlampau sejuk, lapor New York Times pada Selasa.

FDA dijangka mengumumkan panduan baharu pada Selasa, mengubah suai dokumen yang berkaitan dengan kebenaran penggunaan kecemasan yang sebelumnya diberikan untuk vaksin tersebut.

Minggu lalu, syarikat tersebut meminta FDA selaku pengawal selia kesihatan AS untuk melonggarkan syarat agar vaksin COVID-19 mereka boleh disimpan pada suhu ultra rendah, memungkinkan ia disimpan dalam peti sejuk di farmasi.

Disember lepas, FDA memberikan kebenaran penggunaan kecemasan kepada vaksin dan label semasa untuk disimpan pada suhu antara -80ºC dan -60ºC (-112ºF hingga -76ºF), sekali gus bermaksud ia harus dihantar dalam bekas yang direka khas.

Pada Isnin, syarikat itu mengatakan bahawa pihaknya menjangkakan penghantaran lebih 13 juta dos vaksin setiap minggu ke Amerika Syarikat sebelum pertengahan Mac, lebih dua kali ganda penghantarannya pada awal Februari.

Buat masa ini, FDA enggan mengulas mengenai laporan itu, manakala Pfizer belum memberi sebarang respons ketika dihubungi Reuters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: