Sukan

Al-Ikhsan Sports taja kit jersi Kelantan United FC

Kuala Lumpur – Ini adalah untuk memaklumkan bahawa Kelantan United FC akan dihiasi oleh kit bola sepak terbaru mereka oleh jenama UMBRO. Dibawakan kepada Kelantan United FC secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Al-Ikhsan Sdn Bhd dengan rasa bangga mengumumkan penajaan rasmi kit jersi Kelab Bolasepak Kelantan United FC (Kelantan United FC). Kit rasmi untuk musim 2021 akan ditaja oleh jenama UMBRO, iaitu jenama yang dibawakan secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports di Malaysia.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993,
dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 130 buah kedai dan berkembang pesat dari hari ke hari.

Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) yang juga dijuluki “The Green Deers” adalah sebuah kelab yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Setelah beraksi cemerlang dalam Liga M3, di mana mereka telah. dinobatkan sebagai juara, mereka telah diberikan peluang untuk bersaing di Liga Perdana yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Presidens kelab kini dipimpin oleh Yang Berbahagia Dato Che Abdullah Mat Nawi, yang juga wakil Parlimen Tumpat dan bertugas sebagai Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. En. Akira Higashiyama pula telah dilantik untuk meneraju pasukan KUFC sebagai ketua jurulatih untuk musim yang akan datang.

ersi Kelantan United FC terkini boleh didapati dengan harga RM119.90 di semua cawangan Al Ikhsan Kelantan dan Football Republic seluruh negara mulai esok (4 Mac 2021).

Para peminat juga boleh menempah melalui Al-Ikhsan.com mulai sekarang.

“Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai peruncit sukan tempatan terbesar di Malaysia.

Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua, dan mari kita bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan ini “, kata Mr.Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Bersama kita bangkit semula. Dapatkan jersi anda sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: