Bisnes

Aplikasi MyCar 3.0 dilancarkan, sasar capai ekonomi gig tahap ‘Unicorn’

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan e-hailing MyCar kini beralih ke aplikasi baharu MyCar 3.0 bagi menggantikan MyCar Super App berikutan beberapa masalah fungsi utama di dalam aplikasi itu sebelum ini.

Dengan muat turun satu aplikasi, pengguna boleh mendapatkan empat perkhidmatan iaitu e-hailing, penghantaran makanan, penghantaran kurier dan beli-belah dalam talian.

Aplikasi SuperApps itu akan digantikan dengan MyCar 3.0 yang di reka dan bangunkan sendiri oleh MyCar, dengan menggunakan 100% kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan.

Malahan dengan kejayaan terciptanya aplikasi MyCar 3.0 ini, MyCar mensasarkan untuk menjadi UNICORN gig ekonomi pertama dari Malaysia untuk Rantau Asia Tenggara.

Pengasas MyCar, Mohd Noah Maideen berkata, peralihan sistem baharu tersebut menyebabkan aplikasi lama tidak lagi digunakan dan ditutup sepenuhnya.

Menurutnya, mereka kini mempelbagaikan jenis modul perkhidmatan terutama e-hailing untuk pelajar sekolah dan korporat, yang di kenali sebagai MyCar For School dan MyCar For Business.

“Orang ramai di minta untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini dan download semula (re-install) semula MyCar 3.0 yang baru ini ” katanya.

Antara kelebihan-kelebihan yang ada dalam MyCar 3.0 adalah tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan mereka. MyCar 3.0 juga akan memberikan lebih banyak cara bayaran melalui e-wallet dan tanpa tunai.

MyCar 3.0 ini juga mudah di gunakan dan mampu menarik lebih ramai pemandu untuk memberikan perkhidmatan mereka serta komisen yang rendah untuk pemandu.

Dengan membangunkan logik algoritma yang di bina oleh MyCar sendiri, di jangkakan MyCar mampu menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih menarik di dalam aplikasi (in-app) dan boleh ditebus terus dengan hadiah-hadiah yang menarik di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat membeli belah yang terkenal dengan menggunakan aplikasi 3.0 ini.

Terdahulu, MyCar 3.0 dilancarkan pada 3 hb 3 2021 dengan tema 3.3.3 oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi
Dan Inovasi, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: