Terkini

Ibu Yati ditahan JAIS

SHAH ALAM – Bekas wartawan, Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali Ibu Yati ditahan bersama berhubung isu dakwaan ajaran agama Melayu di sebuah premis di Hulu Langat malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 malam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menahan tiga lagi individu masing-masing melibatkan seorang wanita dan dua lelaki.

Pengarah JAIS , Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, menerusi serbuan itu juga turut menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu yang terlibat sebelum dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7, 9 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995.

Katanya, menerusi penangkapan keempat-empat suspek itu dijangka dapat menyelesaikan kes melibatkan perbuatan beberapa individu di Selangor yang disyaki menyanggahi ketetapan hukum
syarak atau fatwa.

Selain itu, melibatkan penghinaan kepada al-Quran dan hadis, serta mempersenda, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina

“Kes terhadap kesemua mereka telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini dengan dua tertuduh wanita diikat jamin RM3,000 bersama seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 48.

“Bagi seorang tertuduh lelaki diikat jamin dengan RM1,000 dengan penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 41 manakala seorang lagi dilepaskan dengan bon jamin penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, tiga daripada tertuduh juga perlu menyerahkan passport antarabangsa diserah kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dua minggu sekali.

Mohd. Shahzihan turut menjelaskan sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Julai depan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: