Terkini

Malaysia perkenal kit saringan Covid-19 guna sampel air liur

Putrajaya – Alif Masyhur Sdn. Bhd. (Alif Masyhur) dengan kerjasama Fjord Diagnostics Sdn. Bhd. (Alif-Fjord) merupakan syarikat Malaysia pertama memperkenalkan kit saringan ujian Covid-19 menggunakan sampel air liur.

Datuk Mazlan Sabli selaku Pengerusi Eksekutif Alif Masyhur berkata kit ujian pengumpulan sampel air liur dikenali Fjord-Saliva itu mengandungi Sediprep untuk meningkatkan kepekatan kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan Covid-19.

Tambahnya, Sediprep itu kini telah mendapat kelulusan paten di lapan buah negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, China, Korea, Hong Kong, Jerman dan Malaysia.

“Pihak kami bakal mengeluarkan sekitar dua juta kit ujian sebulan bagi pasaran dalam negara pada bila-bila masa terdekat ini, bagi harga pula, ianya akan dijual pada kadar RM45 seunit dimana ini merupakan harga yang jauh lebih murah berbanding ujian saringan pada masa kini” katanya dalam satu sidang media petang tadi.

Beliau juga turut menjelaskan, kit ujian ini perlu dihantar ke makmal untuk disaring bagi mengenal pasti virus Covid-19.

“Kit ujian ini memerlukan air liur yang dimasukkan ke dalam Sediprep dan perlu dihantar ke makmal, jadi pihak kami juga menyarankan agar Kementerian Kesihatan Malaysia dapat segera menyeragamkan harga ujian makmal agar setiap pengguna mampu membayar kos itu nanti “.

Tambahnya, kit ujian itu bukan sahaja mampu mengesan virus Covid-19 malah boleh digunakan untuk menguji sel kanser dan tibi juga. Saringan sampel ini menghasilkan kepekatan kandungan virus yang memudahkan ujian di makmal dan ketepatan tinggi sehingga 100 peratus.

Menurutnya lagi, kit ujian itu membolehkan pengumpulan sampel air liur dilakukan sama ada di rumah atau tempat kerja tanpa perlu ke pusat kesihatan sekaligus membantu kerajaan dalam penjimatan ketika melaksanakan saringan kerana penggunaan PPE dan bilangan petugas barisan hadapan dapat dikurangkan.

“Kit ini mendapat kelulusan daripada Peranti Perubatan Malaysia (MDA) dan Kementerian Kesihatan, sememangnya ia selamat dan berkesan dalam saringan virus” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: