Terkini

Tiada vaksin Covid-19 Pfizer dijual di platform Shopee

KUALA LUMPUR – Platform pembelian secara dalam talian Shopee menafikan pihaknya menawarkan vaksin Pfizer’s Covid-19 untuk jualan, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu foto yang tular di Twitter dan WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya tidak dapat mengesan sebarang senarai jualan barang berkenaan di platform mereka.

“Penulis twit itu mengesahkan bahawa imej dalam foto berkenaan sebenarnya telah diubah suai, dan ia sememangnya palsu. Imunisasi Covif-19 adalah perkara yang berkaitan kesihatan negara, ia tidak seharusnya dianggap perkara remeh,” menurut kenyataan itu semalam.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesahkan bahawa berita mengenai penjualan vaksin itu adalah palsu.

Shopee turut mengingatkan pihak yang menyebar maklumat palsu mengenai vaksin itu bahawa perkara berkenaan sedang dipantau oleh polis dan MCMC.

“Dua hari lepas, satu gambar palsu yang kononnya menunjukkan penjualan vaksin Covid-19 Pfizer di Shopee telah menjadi tular, dan ia disertakan dengan maklumat kononnya vaskin itu dijual pada harga RM63.88,” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: