Terkini

Pekerja media bertemu Timbalan Menteri bincang hala tuju media negara

KUALA LUMPUR – Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (KSKSTMB) bersyukur kerana permohonan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKM) telah mendapat maklum positif.

Presiden KSKSTMB, Khairuzzaman Mohammad berkata, pihaknya bersyukur kerana Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sedia bertemu dengan pihaknya dan beberapa pemimpin kesatuan media yang lain pada 9 Mac depan.

“Pihak kesatuan telah menyuarakan kebimbangan dan cabaran yang telah dan akan dihadapi oleh ahli dan bekas ahli kesatuan sejak dua tahun lalu, namun masih tiada sebarang maklum balas yang jelas daripada kerajaan.

“Selain KSKSTMB perjumpaan berkenaan juga akan melibatkan wakil dari Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Bhd (KESTMB), bekas ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. (NUJUM), bekas ahli Persatuan Jurufoto Media Malaysia, yang akan diadakan di pejabat beliau di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuzzaman berkata, pertemuan tersebut amat penting kerana cabaran yang bakal dihadapi industri media khususnya melibatkan pekerja dan bekas pekerja industri sangat kritikal dan memerlukan sokongan kerajaan bagi merangka perancangan yang sesuai dan berkesan.

Katanya lagi, KSKSTMB berharap pertemuan ini akan membuahkan hasil yang positif dan sekali gus memberi faedah kepada semua pekerja dan bekas pekerja industri media tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: