Terkini

Maritim tahan kapal kargo buang sisi minyak di perairan Selangor

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membuang sisa minyak di perairan Selangor kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak dekat sini.

Pengarahnya, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata terdahulu, pesawat agensi itu memaklumkan rondaan di perairan perairan berkenaan dan mengesan tindakan kapal kargo yang mencurigakan sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Maritim Malaysia Selangor.

Beliau berkata susulan maklumat itu, pihaknya melalui Kapal Maritim (KM) Gagah yang sedang melakukan rondaan segera ke lokasi terbabit untuk melakukan pintasan serta penggeledahan secara menyeluruh ke atas kapal tersebut pada kira-kira 12 tengah hari kelmarin.

“Kapal kargo tersebut dikatakan dalam perjalanan menghala ke utara dan telah memasuki perairan negeri Perak.

“Kapal berkenaan (yang) berdaftar di Haiphong, Vietnam (sedang) dalam perjalanan menuju ke Eropah dengan dikendalikan 22 kru warga Vietnam berumur lingkungan 30 hingga 65 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Shahrizan berkata kapal itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) dan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana membuang sisa minyak ke dalam laut.

Beliau berkata kapal itu bersama kesemua kru kini ditahan di ‘South East Point’ (SEP) perairan Pulau Pangkor bagi tujuan pengambilan sampel minyak oleh Jabatan Alam Sekitar Perak untuk siasatan lanjut.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: