Luar Negara

EU lulus penggunaan vaksin COVID-19 Janssen

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) semalam meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson, beberapa jam selepas Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) memberikan rumusan yang positif mengenai keselamatan dan keberkesanannya.

Dibangunkan Janssen, farmasi di bawah Johnson & Johnson, ia vaksin keempat yang diluluskan EU, selepas BioNTech-Pfizer, Moderna dan AstraZeneca.

EMA mengesyorkan penggunaan vaksin COVID-19 Janssen untuk mereka berusia lebih 18 tahun.

Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke, berkata penggunaan vaksin itu hanya memerlukan satu dos sahaja.

Hasil percubaan klinikal membabitkan 44,000 orang di Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan negara Amerika Latin menunjukkan vaksin itu mempunyai keberkesanan 67 peratus, menurut EMA.

“Vaksin yang lebih selamat dan berkesan akan berada di pasaran.

“Dengan jumlah dos yang kami tempah, kami dapat memberi vaksin hingga 200 juta orang di EU,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen di Twitter.

Ia sekali gus memberikan harapan dalam pelaksanaan program vaksinasi EU, yang menyasarkan menyuntik 70 peratus penduduk dewasa menjelang 21 September. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: