Gaya Hidup

Santan tawar nilai hebat dengan hidangan RM9.90

KUALA LUMPUR – Kini anda tidak perlu lagi berfikir panjang untuk menentukan menu makan tengah hari atau malam kerana bermula pada minggu ini, Santan menawarkan Value Set RM9.90 untuk makan tengah hari (12 tengah hari – 3 petang) dan makan malam (6 petang – 9 malam) di semua sembilan cawangannya di Lembah Klang.

Santan Value Set dilengkapi dengan satu hidangan utama dan satu minuman serta tersedia untuk makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran sehingga 30 April 2021. Selain menikmati lebih nilai, para pelanggan yang menjamu selera di restoran juga akan disajikan oleh kru kabin AirAsia di cawangan terpilih pada hujung minggu ini (13 dan 14 Mac 2021).

Dilancarkan pada bulan Februari selama tiga minggu secara eksklusif di Santan Sunway Pyramid, Value Set ini terbukti berjaya di luar jangkaan Santan kerana pesanan harian untuk cawangan tersebut meningkat 100 peratus dengan hampir 2,000 hidangan terjual dan menerima lebih 1,200 pesanan. Berikutan kejayaan itu, Value Set ini turut diperkenalkan di outlet Santan NU Sentral pada awal bulan ini.

Sebagai Value Set, Santan terus menawarkan nilai hebat kepada para pelanggannya dengan penghantaran percuma melalui airasia food sejauh 5km dari mana-mana cawangannya dengan kod promosi MARCHD3ALS dan hanya RM0.99 sen untuk 5-10km menggunakan kod promosi yang sama. Tawaran ini penting untuk memberikan nilai yang sama hebat kepada para pelanggan yang memilih untuk makan atau memesan dari keselesaan dan keselamatan kediaman mereka.

Pengurus Besar Santan Catherine Goh berkata: “Kami menyedari bahawa para pelanggan membuat pilihan berdasarkan nilai yang ditawarkan dan kami mendengar permintaan mereka. Sebelum ini, pelanggan kami menikmati set Bundle for 2 dan 4, Family Bundle, dan Combo Meals tetapi pelancaran Santan Value Set di semua sembilan cawangan akan menjadi pemangkin perubahan perniagaan kami. Kami berharap dengan melancarkan tawaran ini di semua cawangan kami, lebih ramai pelanggan di seluruh Lembah Klang dapat menikmati hidangan lazat kami dengan nilai lebih tinggi.

“Sebagai sebahagian daripada airasia, kami dapat menurunkan harga hidangan kami dengan memanfaatkan ekosistem seluruh kumpulan syarikat seperti airasia food sebagai platform pesanan, Teleport sebagai perkhidmatan penghantaran, Ourfarm sebagai pembekal produk segar dan BIG Rewards sebagai program kesetiaan yang membolehkan pelanggan kami membayar hidangan mereka menggunakan BIG Poin. Perkhidmatan secara dalaman ini bukan sahaja membolehkan kami menurunkan harga, malah mengekalkan kualiti tertinggi.”

Santan bakal membuka cawangan ke-10 di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada bulan ini dan 10 lagi cawangan pada suku kedua tahun ini termasuk di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: