Hiburan

AJL 35: Nabila mohon maaf akui dah cuba buat terbaik

Kuala Lumpur – Sedikit insiden ‘terkucil’ ketika menyanyikan Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) malam tadi menyebabkan penyanyi Nabila Razali menerima tamparan hebat daripada warganet.

Menjelaskan bahawa dia telah cuba memberikan sehabis baik, Nabila yang mesra disapa Bella itu akur sekiranya apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam itu di luar jangkaannya.

Justeru, secara terbuka, Nabila memohon maaf atas kekurangan yang ditampilkan dalam usahanya merebut gelaran juara AJL35.

“Saya sudah cuba sedaya upaya… saya minta maaf,” katanya di media sosial.

Luahan diiringi emoji sedih itu ditujukan kepada pencipta lagu tersebut iaitu Hael Husaini dan MFMF.

Terdahulu, pelbagai kecaman dilontarkan pengguna media sosial terhadap pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali itu selepas terdapat beberapa kesilapan dilakukannya dalam mendendangkan Peluang Kedua.

Gara-gara persembahan tersebut, tanda pagar #peluangkedua diwujudkan pengguna Twitter bagi membahas isu tersebut.

Ada juga segelintir pihak beranggapan, Peluang Kedua wajar diberikan kepada penyanyi lain.

“Ada sesetengah lagu memerlukan penyanyi yang lebih baik #AJL35 #peluangkedua,” ciap seorang pengguna Twitter.

Permohonan maaf Nabila, 29, itu disambut baik oleh Hael.

Kata Hael, dia berasa bangga dengan usaha dipamerkan penyanyi berkenaan.

“Awak adalah contoh inspirasi pada saya. Kerja keras dan selalu buat yang terbaik. Saya amat bangga dengan kamu. Terima kasih kerana menyanyikan Peluang Kedua,” katanya.

MFMF pula berkata, persembahan Nabila menunjukkan banyak peningkatan selain sudah memberikan persembahan yang terbaik.

“Kami bersama kamu Bella. Kamu menunjukkan perkembangan baik dan melakukan sehabis baik. Jika tiada sesiapa nampak apa kamu buat, bermaksud mereka yang tak berbaloi,” kata kumpulan itu pada ruang komen yang berbeza.

Bukan setakat itu, rakan artis lain turut memberikan kata-kata semangat buat Nabila melalui ruang komen di hantaran sama.

Antaranya adalah Indah Ruhaila yang memintanya usah bersedih.

“Jangan minta maaf atau sedih. Kamu sudah mencuba yang terbaik. Teruskan menjadi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Amira Othman pula menganggap Nabila sebagai seorang individu yang sangat bekerja keras pernah dikenalinya setakat ini.

“Kamu berjaya buat dengan baik. Kau antara manusia yang sangat kuat bekerja dan kuat yang aku pernah kenal. Saya sayang kamu. Tahniah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: