KUALA LUMPUR – Malaysia akan teruskan pembelian vaksin AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, tiada bukti penggunaan vaksin berkenaan menyebabkan darah beku.
Beberapa negara mengumumkan menangguhkan suntikan vaksin itu selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia akibat masalah pembekuan darah beberapa hari selepas menerima suntikan tersebut.
Antaranya, Thailand, Austria, Estonia, Latvia, Lithuania, Luxemburg dan Itali turut menggantung pemberian vaksin tersebut.
