Terkini

Rasuah RM300,000: Reman ‘Datuk Seri’ disambung empat hari

SHAH ALAM – Tempoh reman enam hari terhadap dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang berakhir hari ini, disambung empat hari lagi.

Perintah sambungan reman hingga Khamis itu dikeluarkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari di Mahkamah Majistret selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya untuk membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Pada 10 Mac lepas, seorang lelaki berumur 44 tahun bergelar Datuk Seri dan seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber SPRM memberitahu suspek lelaki itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam manakala wanita tersebut bertindak sebagai orang tengah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

-BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: