Politik

Jemputan majlis hari jadi Menteri Dalam Negeri sah palsu

Kuala Lumpur – Pejabat Menteri Dalam Negeri menafikan mesej tular mengenai jemputan kepada wartawan dan pengamal media bagi menghadiri majlis sambutan hari jadi menteri berkenaan.

Setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Zulkifli Bujang menerusi kenyataan memaklumkan, majlis yang kononnya akan berlangsung malam ini di Kuala Lumpur adalah palsu.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyeru kepada semua pihak yang menerima jemputan palsu tersebut untuk tidak menghiraukan dan memanjangkan jemputan itu kepada rakan-rakan media yang lain,” katanya.

Selain pengamal media, mesej yang tular di aplikasi WhatsApp itu turut menjemput menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen ke majlis yang kononnya berlangsung 8 malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: