Terkini

MyCar hulur sumbangan makanan asas kepada 500 pemandu

Kuala Lumpur – Prihatin dengan nasib pemandu teksi dan e-hailing yang terkesan dengan pandemik Covid-19,  pengendali platform MyCar hari ini membantu menyerahkan sumbangan makanan asas kepada 500 pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif , Noah bin Maideen berkata, pihaknya terpanggil membantu para pemandu yang berdaftar dibawah MyCar memandangkan kebanyakkan dari mereka terkesan sejak pandemik yang berlaku.

“Pihak MyCar berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah serta Masjid Wilayah bagi menghulurkan sumbangan ini”.

“Sumbangan ini bukan sahaja tertumpu kepada pemandu beragama islam sahaja malah ianya diberi juga kepada yang bukan beragama islam dan ini sekaligus membuktikan bahawa kebajikan para pemandu sentiasa dititik beratkan” katanya dalam satu sidang media.

Pengarah JAWI, Datuk Haji bin Ismail menyambut baik usaha kebajikan ini dan berharap ianya dapat diteruskan dari masa ke semasa bukan sahaja di waktu pandemik.

“Pihak JAWI dan masjid Wilayah sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak samada korporat mahupun individu untuk berganding bahu membantu golongan yang memerlukan”.

“Bukan sahaja yang beragama islam, malah yang bukan beragama islam juga kita akan bantu, datanglah berjumpa kami dan Insya Allah dengan JAWI food bank dapat memastikan ada makanan untuk dimakan dan dapat mengelakkan kelaparan bagi golongan yang memerlukan” katanya.

Tambahnya lagi, pihak masjid Wilayah turut berkongsi idea bersama MyCar bagi menjayakan program penghantaran kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pengangkutan untuk ke masjid bagi menunaikan solat terawih di bulan Ramadan nanti.

“Saya turut mencadangkan agar dapat diusahakan program pengangkutan ke masjid bagi sesiapa yang kurang kemampuan untuk menunaikan ibadah terawih, pihak masjid akan membayar tambang kepada MyCar.

“Ini bagi mengimarahkan masjid sepanjang bulan ramadan namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan” jelasnya.

Turut hadir sama, Imam besar masjid Wilayah, Tuan Haji Muhyidin Aziz.

Terdahulu, kesemua pemandu teksi menerima bantuan keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan asas lain bernilai RM80.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: