Terkini

Lelaki mengamuk pecah cermin kereta ditahan

MUAR – Polis menahan seorang penunggang motosikal disyaki bertindak agresif, termasuk memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Pekan Parit Jawa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata kejadian itu berlaku berhampiran sebuah persimpangan lampu isyarat, kira-kira jam 3.20 petang.

Beliau berkata, insiden dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara lelaki berusia 25 tahun itu dengan pemandu wanita berumur 26 tahun.

“Punca kejadian dipercayai berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek didakwa bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta wanita itu.

“Suspek juga didakwa memecahkan cermin sisi di bahagian pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Selepas ditahan, Zaharudin berkata, suspek dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenang memuat naik gambar, video dan kenyataan dalam laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham serta kegusaran masyarakat.

Sejak semalam, video berdurasi 1 minit 38 saat tular dalam media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berang sehingga memecahkan cermin dan merosakkan kereta dipandu seorang wanita di Pekan Parit Jawa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: