Gaya Hidup

Menara Kuala Lumpur tawar promosi hebat, 100 tiket percuma setiap hari

Kuala Lumpur – Sempena pembukaan semula Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar selepas kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelbagai promosi diperkenalkan bagi menarik para pengunjung tempatan terutamanya bagi merancakkan semula sektor pelancongan.

Tidak ketinggalan, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar menawarkan promosi  Super Deal dari 17 Mac hingga 16 April ini.

Promosi ini menawarkan tiket percuma kepada 100 pengunjung pertama pada setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara KL.

Manakala tiket percuma diberikan kepada 25 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan di Menara Alor Setar.

Bagi pengunjung Pelantar Pemandangan ke-101, Menara KL menawarkan harga promosi RM15 untuk dewasa iaitu potongan separuh harga dan RM10 untuk kanak-kanak.

Manakala bagi lawatan ke Pelantar Pemandangan Menara Alor Setar pula harga promosi yang ditawarkan adalah RM6 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, Menara KL dan Menara Alor Setar turut menawarkan harga promosi untuk lawatan ke Sky Deck pada harga RM24 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.

Untuk yang berkunjung ke Star View Menara Alor Setar, pengunjungan dewasa hanya perlu membayar RM20 dan RM10 untuk kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar, berkata promosi ini dapat membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan menggalakkan rakyat melancong dalam negara.

“Dengan promosi ini, sesiapa sahaja berpeluang bersama keluarga menikmati keindahan ibu negara dari pelantar pemandangan di menara ini, jadi saya menyeru kepada semua untuk datang berkunjung ke menara ini dan rebutlah peluang sehingga April nanti” katanya dalam satu sidang media.

Tambahnya lagi, seramai 15,000 hingga 20,000 pengunjung disasarkan sepanjang tempoh promosi berlangsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: