Luar Negara

Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada AS

SEOUL – Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, supaya jangan cuba cetuskan perang.

Kim Yo-jong mengeluarkan ‘nasihat’ itu ketika Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan AS yang baharu memulakan lawatan kerja ke Tokyo serta Seoul.

Amaran itu dilaporkan akhbar rasmi Pyongyang, Rodong Sinmun, memetik kenyataan Yo-jong memberi kata ‘nasihat’ kepada pentadbiran AS yang disifatkannya terdesak untuk memulakan perang.

“Jangan ‘sebarkan bau bahan letupan’ di negara kami dari seberang lautan jika anda mahu ‘tidur lena’ untuk empat tahun seterusnya.

“Jangan sesekali memulakan perkara yang mungkin menyebabkan anda tidak boleh tidur selepas ini,” katanya.

Yo-jong turut mengutuk latihan ketenteraan antara AS dan Korea Selatan yang disifatkannya sebagai persediaan untuk menakluk Korea Utara.

Tegas beliau, tempoh empat tahun seterusnya, yang merujuk kepada penggal presiden AS, tidak akan aman sekiranya Korea Selatan terus mengikut telunjuk tuannya.

Yo-jong juga mengugut untuk menamatkan perjanjian ketenteraan antara kedua-dua negara jika Seoul melakukan lebih banyak provokasi.

Difahamkan, ia adalah kenyataan pertama dikeluarkan Korea Utara kepada Presiden baharu AS di Washington, empat bulan selepas Joe Biden mengangkat sumpah menggantikan Donald Trump.

Yo-jong adalah penasihat paling dipercayai abangnya dan menjadi individu penting ketika ketegangan antara dua negara berkenaan memuncak pada tahun lalu. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: