Bisnes

BNM: Tambahan RM700 juta bantu tingkat automasi, digital PKS

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ditambah RM700 juta lagi sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bagi ADF adalah RM1 bilion.

Menurut kenyataan media semalam, BNM menjelaskan ADF diperkenalkan pada Mac 2020 bertujuan menggalakkan PKS di semua sektor mengautomasikan proses serta mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

“ADF terbuka kepada semua PKS Malaysia, dengan jumlah pembiayaan maksimum RM3 juta bagi setiap PKS dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Kadar pembiayaan adalah sehingga empat peratus setahun, termasuk yuran jaminan.

“Perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). Kemudahan ini disediakan sehingga 31 Disember, 2021 atau sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya, mana yang lebih awal,” menurut BNM.

Bank pusat turut memaklumkan PKS juga boleh memohon kemudahan pembiayaan lain di bawah Dana BNM untuk PKS.

PKS yang berminat boleh merujuk bnm.gov.my/covid19/ atau menghubungi BNM melalui bnm.my/LINK sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kemudahan pembiayaan yang disediakan, jelasnya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: