Gaya Hidup

Data Shopee tunjuk Industri pelancongan semakin pulih

KUALA LUMPUR – Menurut data daripada Shopee, pengusaha hotel dan syarikat pengendali pelancongan bakal menghembus nafas lega memandangkan industri pelancongan di Malaysia dilihat menunjukkan tanda-tanda pulih.

Pada bulan Disember 2020, Shopee telah berganding bahu dengan MOTAC melalui Tourism Malaysia bagi menjalankan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before. Eksklusif untuk rakyat Malaysia, kempen tersebut telah dilancarkan semula baru-baru ini, setelah dihentikan seketika selama dua bulan. 

Selain daripada tawaran hotel oleh ahli-ahli Persatuan Hotel Malaysia (MAH), kempen ini juga menawarkan pakej pelancongan di bawah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA).

Kempen ini menyaksikan sebanyak 22,000 transaksi dilakukan sejak pihak kerajaan membuat pengumuman pada 2 Mac lalu bagi membenarkan pergerakan merentas daerah  dan negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini amat menggalakkan berbanding hanya 500 transaksi yang dilakukan dalam tempoh antara 11 Januari (pelaksanaan PKP 2.0) dan 1 Mac.

Maklumat tambahan yang menunjukkan peningkatan permintaan untuk melancong di kalangan rakyat Malaysia: 

  • Dengan pergerakan merentas negeri masih tidak dibenarkan, penduduk-penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Johor mengambil kesempatan untuk melakukan staycation. Mereka menyumbang secara purata 75% daripada jumlah permintaan bagi tawaran-tawaran pelancongan di negeri masing-masing.
  • Optimistik mengenai pembukaan semula sempadan negeri, rakyat Malaysia terutamanya dari Sarawak, Terengganu dan Melaka juga memilih untuk “Beli Sekarang, Bercuti-cuti Kemudian”. Destinasi-destinasi popular termasuk Kuala Lumpur: Aquaria KLCC; Selangor: Sunway Lagoon dan Zoo Negara; Pulau Pinang: Rainbow Skywalk di The Top Penang dan Wonderfood Museum; Negeri Sembilan: Aktiviti memancing serta snorkeling dan banana boat di Port Dickson dan Kedah: Hotel, lawatan dan aktiviti rekreasi di Langkawi.



Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
berkata, “Permintaan yang kukuh menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ingin dan memerlukan percutian setelah mereka duduk di rumah untuk tempoh masa yang panjang. Walaupun kini pihak kerajaan menghulurkan bantuan serta insentif kepada industri pelancongan, permintaan yang tinggi menunjukkan tanda-tanda pulih yang positif bagi industri ini. Kami akan terus memainkan peranan kami untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan pengusaha hotel dan syarikat pengendali pelancongan dengan menggunakan teknologi demi menyumbang kepada kelestarian industri ini.”

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Selain daripada staycation, ramai rakyat Malaysia juga kerap mengunjungi pusat membeli-belah sejak PKPB. Oleh itu, Mid Valley Megamall KL dan The Mall, Mid Valley Southkey Johor Bahru kini menawarkan pelbagai e-baucar menarik di Shopee daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian, menawarkan diskaun hingga 50% sepanjang 4.4 Hari Jualan Mega Shopee. 

Acara membeli-belah mega yang pertama di rantau ini untuk tahun 2021, 4.4 Hari Jualan Mega Shopee yang berlangsung hingga 4 April menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM4, tawaran diskaun dan baucar 95% setiap hari dan rancangan permainan baharu RM10,000 Roda Duit Shopee di mana para peserta dapat memutar roda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai apabila mereka berjaya meneka perkataan yang betul.

Acara membeli-belah ini juga akan melancarkan kerjasama eksklusif antara jenama-jenama fesyen dan selebriti iaitu Pestle & Mortar x Jameson, Roscani x Fatin Afeefa, Tomorrow Showtime x Amelia Henderson dan Hype x Kide pada 30 Mac.

Antara sorotan lain bagi kempen ini ialah Shopee 4.4 Mega Show yang akan disiarkan di Shopee Live, Astro Ria dan Astro Gempak pada 3 April, jam 9 malam. Acara ini akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hazama, Elizabeth Tan dan Naim Daniel serta legenda Dato’ M. Nasir.

Kemuncak aktiviti membeli-belah ini pada 4 April akan menampilkan Midnight Madness dari 12 tengah malam – 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti dari pukul 9 pagi dan banyak lagi. 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, kumpulan gadis K-Pop yang terkenal di dunia, Mamamoo akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka secara eksklusif di Shopee Live dari jam 9 malam – 11 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 4.4 Hari Jualan Mega, layari – https://shopee.com.my/m/4-4 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: