Terkini

Selangor teliti beri pinjaman mudah niaga pada Ramadan


KUALA LANGAT – Kerajaan Negeri sedia meneliti penyediaan pinjaman mudah kepada peniaga di Selangor untuk berniaga pada Ramadan ini.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu akan dibincang dengan Hijrah Selangor (Hijrah) dalam masa terdekat.

“Saya rasa kita perlu siapkan juga pinjaman mudah dan seumpamanya untuk peniaga di negeri ini berniaga pada bulan Ramadan nanti berdasarkan permintaan tinggi ketika berbuka puasa dan sahur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan dan serahan sumbangan kepada rumah anak yatim dan penyampaian NaDI di Balai MPKK Kampung Sungai Manggis di sini semalam.

Menerusi Program Jelajah Kita Selangor sekitar Parlimen Kuala Langat itu, Amirudin turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada anak yatim.

Jelajah yang bermula sejak pagi hingga petang itu bertujuan memberi peluang kepada pimpinan untuk mendengar luahan rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: