Luar Negara

IKEA France dibicarakan intip pekerja

VERSAILLES: IKEA cawangan Perancis dibicarakan di mahkamah, hari ini, selepas dituduh mengendalikan sebuah sistem terperinci bagi mengintip kakitangan dan pemohon kerja menggunakan penyiasat peribadi dan pegawai polis.

Beberapa bekas eksekutif IKEA France, akan dibicarakan, sekali gus berdepan risiko dikenakan hukuman penjara.

Sebuah penerbitan penyelidikan dari Perancis Le Canard Enchaine dan Mediapart membongkar skim pemantauan itu pada 2012, dan pihak pendakwa mengendalikan kes itu selepas kesatuan Force Ouvriere membuat aduan perundangan.

Pihak pendakwa berkata, IKEA France menubuhkan satu ‘sistem pengintipan” bagi seluruh operasinya di merata negara, mengumpul maklumat mengenai kehidupan peribadi ratusan kakitangan dan pemohon kerja, termasuk butiran peribadi mengenai rekod jenayah.

Sejak laporan media dibuat, syarikat itu memecat empat pegawai eksekutif, namun IKEA France yang menggajikan 10,000 pekerja masih boleh dikenakan denda sehingga €3.75 juta (RM18.32 juta).

Seramai 15 orang yang akan dihadapkan di mahkamah di Versailles dekat Paris, termasuk bekas pengurus kedai dan pegawai eksekutif utama seperti bekas CEO, Stefan Vanoverbeke dan penggantinya, Jean-Louis Baillot.

Selain itu, turut dibicarakan juga termasuk empat pegawai polis yang dituduh menyerahkan maklumat sulit.

Tuduhan itu termasuk mengumpulkan maklumat peribadi secara haram, menerima maklumat peribadi yang dikumpulkan secara haram dan melanggar kerahsiaan profesional, dengan ada yang membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: