Terkini

Penduduk Mukim Batu gesa projek pembangunan skala besar dihentikan

Kuala Lumpur – Penduduk sekitar Mukim Batu hari ini melahirkan kegusaran apabila satu projek pembangunan berskala besar bakal dibangunkan di sini.

Menurut Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, projek itu kini sedang melalui proses dokumentasi permohonan kelulusan oleh pihak pemaju dan akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja.

Satu sidang media yang dihadiri wakil penduduk dan 12 NGO itu menggesa pihak berwajib untuk memberhentikan sekali gus tidak meluluskan projek tersebut serta merta.

“Saya difahamkan projek berskala besar iaitu 7000 unit kediaman bakal dibina dimana pembangunan itu nanti memakan masa antara 15 hingga 20 tahun.

“Ini sudah tentu menggugat kelestarian persekitaran serta kacau ganggu kepada penduduk setempat yang melibatkan kesesakan trafik, kerosakan kediaman akibat projek pembinaan dan kawasan projek ini sangat hampir dengan pusat tahanan ISA dimana ia adalah kawasan yang dikawal ketat dan rapi.

“Bila pembangunan setinggi lebih kurang 15 tingkat didirikan, secara tidak langsung impak kemungkinan privasi pusat tahanan ini diceroboh oleh orang tidak bertanggung jawab boleh berlaku seandainya ada pihak yang cuba mengintip atau sebagainya.

Tambahnya lagi, banyak perkara dan faktor yang perlu diambil kira oleh semua pihak yang terlibat.

Satu memorandum bantahan akan diserahkan kepada lima pihak termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin,  Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Haji Mahadi bin Che Ngah.

“Memorandum ini meminta agar projek ini diberhentikan serta merta dan sekiranya pihak pemaju masih berdegil, kami akan membuat satu injuction (tindakan injuksi) yang akan mewakili kesemua penduduk di peringkat undang-undang” katanya kepada Malaysianews TV.

Beliau juga turut tidak menolak sekiranya akan ada perbincangan dua hala bagi membincangkan atau menyelesaikan perkara ini namun perlulah mempertimbangkan pelbagai aspek yang tidak memudaratkan para penduduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: