Terkini

Bayaran GKP Tambahan disalurkan mulai esok

PUTRAJAYA – Semua permohonan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang diluluskan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan GKP 2.0 akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai esok, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), kerajaan menyatakan komitmen bagi bantuan kewangan secara ‘one-off’ kepada PKS mikro.

Katanya, ia membabitkan sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021.

“GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

“Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini di Portal GKP.

“Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-46 secara maya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan sudah berkali-kali menyatakan bahawa tiada kompromi di dalam pemerkasaan kesihatan awam negara.

Sehubungan itu, katanya, dari segi Elaun Khas Barisan Hadapan yang diumumkan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), setakat 12 Mac 2021, sebanyak RM565.4 juta disalurkan berdasarkan hampir 1.65 juta tuntutan.

“Ini berbanding RM560.16 juta membabitkan 1.62 juta tuntutan pada minggu sebelumnya yang terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terbabit secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19.

“Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tengku Zafrul berkata, di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pula, setakat 15 Januari 2021, seramai 3,591 petugas kesihatan kontrak sudah diluluskan untuk menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak susulan peningkatan kes COVID-19.

“Sehingga 15 Mac 2021, seramai 2,586 petugas kesihatan yang meliputi skim perkhidmatan Pegawai Sains, Juru Xray Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat selesai dilantik.

“Baki 1,005 petugas kesihatan kontrak masih dalam proses saringan dan dijangka selesai pada akhir bulan Mac 2021,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: