Gaya Hidup

MTMA2021 mencari Wartawan Terbaik

KUALA LUMPUR– Selepas majlis anugerah yang mengagumkan, yang diadakan secara maya buat pertama kali pada Disember 2020, Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2021 bakal menyaksikan lebih banyak penyertaan daripada media tempatan dan antarabangsa.

“Kami sangat teruja atas usaha menyempurnakan majlis secara maya pada MTMA2020. Saya percaya meskipun 2020 merupakan tahun yang yang penuh dengan pelbagai peristiwa yang tidak pernah kita alami sebelum ini, dan telah memperkenalkan pelbagai kekangan dan norma baharu untuk mengutamakan keselamatan, majlis anugerah kami yang disempurnakan secara maya ternyata satu kejayaan yang membanggakan!” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Yazmin Azman.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Yazmin Azman

“Kami menerima hampir 400 penyertaan daripada lebih (10) negara dan memberikan hampir RM80,000.00 dalam bentuk hadiah wang tunai dan cabutan bertuah,” tambahnya.

Selepas sambutan yang menggalakkan tahun lalu, MHTC menjangkakan akan menerima lebih banyak penyertaan daripada organisasi media di atas talian, media cetak dan penyiaran untuk MTMA2021. Selepas pertimbangan sewajarnya, kami berbesar hati mengumumkan bahawa MTMA2021 kembali tahun ini dengan satu kategori baharu – Influencer Pelancongan Perubatan Terbaik (Tempatan dan Antarabangsa) yang mana influencer, blogger dan wartawan bebas (freelancer) boleh menghantar penyertaan untuk MTMA. Perkembangan terbaharu mengenai anugerah berkenaan akan dikemas kini di laman sesawang, kata Yazmin.

MTMA buat pertama kali dilancarkan pada 2018 bagi mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan dalam kewartawanan di kedua-dua media tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam industri pelancongan perubatan di Malaysia.

Antara pemenang MTMA2020 adalah Paul Bradbury daripada Total Croatia News yang meraih gelaran Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik bagi kategori Antarabangsa, manakala  Christina Chin dan Yuen Meikeng daripada The Star Media Group merupakan pemenang bagi kategori tempatan. Pasukan The Star turut meraih Rencana Online Terbaik Malaysia manakala Neang Sopheap daripada The Phnom Penh Post, Kemboja meraih hadiah untuk kategori Antarabangsa.

MTMA merupakan majlis anugerah media global pertama yang mengiktiraf hasil kerja dan sumbangan golongan wartawan, terutama yang membabitkan laporan industri pelancongan perubatan.  Laporan-laporan berkenaan merangkumi hasil karya yang mempunyai impak kepada perolehan industri, serta laporan yang mengukuhkan profil penjagaan kesihatan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kedudukan konsisten Malaysia sebagai salah sebuah daripada destinasi terkemuka dalam penjagaan kesihatan menempatkan kita di landasan tepat ke arah menjadi hab dalam bidang kardiologi dan kesuburan khususnya IVF.

“Sejarah dan pencapaian meluas Malaysia dalam kecemerlangan di bidang pelancongan kesihatan telah menjadikan industri ini sebagai salah satu daripada perkhidmatan eksport yang paling giat berkembang di negara ini. Prestasi ini juga ditunjangi sokongan berterusan media cetak, online dan penyiaran. MTMA adalah cara kami memberi sokongan kepada pihak media dan akhirnya mengiktiraf yang terbaik dalam bidang kewartawanan pelancongan perubatan,” tambah Yazmin.

Pada September tahun lalu, Malaysia merebut kembali anugerah Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik pada majlis Anugerah Pelancongan Perubatan Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) 2020 yang berlangsung secara maya di London, menjadikannya kemenangan keempat negara.

“Kemenangan itu mendorong kami untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menghasilkan langkah yang strategik dan inovatif bagi menggalakkan perkembangan pelancongan perubatan. Disebabkan pandemik ini, industri pelancongan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM100 billion pada tahun lalu namun menerusi pelancaran Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 pada Disember lalu, kami optimis terhadap pemulihan yang perlahan namun mantap,” tambahnya.

MHTC amat yakin bahawa penganjuran anugerah yang ketiga ini akan meraih lebih banyak tarikan, terutamanya dari rantau ini. “Sehubungan itu, MTMA2021 akan menampilkan enam anugerah untuk media antarabangsa sebagai tambahan kepada kategori khas untuk media Malaysia,” kata Yazmin.

Organisasi media boleh menyemak laman sesawang MTMA20212 untuk perkembangan terkini anugerah ini, terutamanya bagi kategori baharu, tambahnya. Penyertaan untuk MTMA2021 mestilah bertarikh di antara 21 Oktober 2020 hingga 30 September 2021. Tarikh akhir untuk semua penyertaan adalah pada 8 Oktober 2021. Semua penyertaan akan dikaji oleh panel terdiri daripada pakar media tempatan dan antarabangsa untuk menentukan pemenang. Untuk maklumat lanjut mengenai MTMA2021, layari https://www.mhtc.org.my/mtma/.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: