Terkini

Gangguan berjadual bekalan air 30 mac ini

SHAH ALAM – Demi memastikan agihan bekalan air pada tahap terbaik, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) akan menyenggara aset utama di dua lokasi.

Berikutan itu, Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata beberapa kawasan di wilayah terbabit akan mengalami gangguan air berjadual.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan berjadual ini,” katanya dalam kenyataan.

Penyenggaraan aset utama secara berjadual seperti berikut:

1. Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam

– Gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam
– Kerja pengalihan dan penyambungan paip pada 30 Mac 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam
– Membabitkan lima kawasan wilayah Petaling, Klang (14) dan Shah Alam (11)
– Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April 2021

2. Empangan Klang Gates

– Menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju dan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam
– Kerja penggantian injap dilaksana pada jam 9 pagi hingga 9 malam, 6 April 2021
– Gangguan bekalan air di 12 kawasan wilayah Gombak dan 46 kawasan di Kuala Lumpur
– Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi, 9 April 2021

Semua kerja penyenggaraan aset utama terbabit mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Maklumat lanjut boleh didapati melalui semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang http://www.airselangor.com atau hubungi pusat perhubungan di talian 15300.

Sementara itu, Elina berkata Air Selangor merancang untuk melaksanakan penyenggaraan aset di LRA Cheras Batu 11 pada 15 Jun, LRA Sungai Langat (6 Julai) dan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (5 Oktober), tertakluk kelulusan SPAN.

Jelasnya, kerja tersebut mengambil kira pelbagai faktor seperti:

1. Mengelakkan pelaksanaan kerja penyenggaraan dalam tempoh tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas perayaan utama yang diwartakan kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri
2. Mengelakkan tarikh penting peringkat antarabangsa, nasional atau negeri seperti acara sukan, persidangan atau mesyuarat
3. Mengelakkan tarikh semasa peperiksaan utama sekolah kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: