Terkini

Helikopter terhempas di Subang, dua cedera

SHAH ALAM – Sebuah helikopter jenis Airbus H125 dinaiki lima lelaki terhempas di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pagi tadi ketika membuat pendaratan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Menurut Norazam Khamis dalam kenyataan semua mangsa disahkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan di bahagian kaki dan kepala.

“Seorang lelaki patah kaki kanan manakala seorang lagi cedera ringan di kaki. Tiga lagi tidak mengalami kecederaan. Semua mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya menambah penerbangan berlepas dari Terengganu.

Jelasnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dengan lima pegawai dan anggota bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan.

Norazam menambah helikopter tidak mengalami kebakaran dan punca kejadian masih disiasat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: