Terkini

Sultan Selangor titah bukan Islam tetap dilarang guna kalimah Allah

SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah golongan bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

“Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang sama sekali penggunaannya di Negeri Selangor,” titah baginda.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Baginda bertitah kalimah Allah itu hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi pegangan akidah umat Islam.

“Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam,” titah baginda lagi.

“Namun demikian sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”, Beta tiada halangan atas penggunaan perkataan “Tuhan” tersebut.”

Selain itu, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam menyekat penggunaan kalimah tersebut jika terdapat unsur penyalahgunaan atau penghinaan.

“Beta menegaskan adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutama di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan sekalipun.”

Baginda juga menitahkan rakyat bukan beragama Islam sentiasa akur dan mematuhi larangan tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988).

Pada 10 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Nor Bee Ariffin memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan kalimah “Allah“, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah” oleh orang bukan Islam adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Katanya, arahan itu melampaui tujuan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Susulan itu, Kerajaan Persekutuan pada 15 Mac lalu memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: